RAMSEY menandatangani perjanjian pra kontrak untuk menyertai Juventus dari Arsenal pada musim panas. FOTO/AGENSI
Agensi

TURIN: Aaron Ramsey menandatangani perjanjian pra kontrak untuk menyertai Juventus dari Arsenal pada musim panas, menurut Sky di Itali.

Pemain tengah itu sudahpun menyelesaikan urusan perubatan minggu lalu dan perpindahan secara rasmi dijangka Februari ini.

Ramsey bebas dan dibenarkan untuk berunding dan mengikat kontrak awal bersama mana-mana kelab dari luar England yang berminat mengikat pemain Liga Perdana Inggeris dalam tempoh enam bulan terakhir kontrak mereka. 

Paris Saint-Germain dan Bayern Munich turut dikaitkan dengan pemain berusia 28 tahun itu namun Juventus kekal menjadi pilihan utamanya. 

Menurut Sky Sports News secara eksklusif Oktober lalu mendedahkan Ramsey akan meninggalkan Emirates pada musim panas ini selepas dia diberitahu secara peribadi mengapa dia tidak ditawarkan perjanjian baru.

Ramsey menyertai Arsenal dari Cardiff pada 2008 dan meledak 53 gol sepanjang 253 penampilannya dalam saingan Liga Perdana.

Dia membuat 31 penampilan bersama Arsenal dalam semua pertandingan musim ini dan menjaringkan empat gol.

Menjulang tiga Piala FA bersama Gunners, Ramsey meledakkan gol kemenangan ketika perlawanan akhir menentang Hull (2014) dan Chelsea (2017).

Dia kini akan menyertai Cristiano Ronaldo bersama salah satu kelab terkuat di Eropah.

Juventus kini mendahului sembilan mata dalam carta kedudukan Serie A dan mengejar gelaran juara keseluruhan buat kali kelapan berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 11:50 AM