Ramsey ikat kontrak selama empat tahun bersama Juventus. FOTO REUTERS
Ramsey ikat kontrak selama empat tahun bersama Juventus. FOTO REUTERS
The Times

PEMAIN tengah Arsenal, Aaron Ramsey sah menyertai Juventus musim depan dengan kontrak empat tahun bernilai £300,000 (RM1.6 juta) seminggu menjadikannya antara pemain bolasepak Britain berpendapatan paling lumayan.

Pemain berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak itu beberapa hari lalu dan akan melengkapkan perpindahan percuma daripada Arsenal selepas 11 tahun bersama kelab London utara itu.

Ramsey layak untuk menandatangani pra-kontrak dengan kelab asing bulan ini kerana kontraknya tamat pada musim panas ini.

Bagaimanapun, dia tidak menandatangani sebarang kontrak untuk yuran perpindahan itu tetapi nilai keseluruhan kontraknya dianggarkan sekitar £62 juta (RM330 juta).

Beberapa rakan Aaron dari United Kingdom (UK) iaitu Gareth Bale menerima pendapatan £350,000 (RM1.9 juta) seminggu selepas cukai di Real Madrid manakala Wayne Rooney meraih sebanyak £90,000 (RM479,000) seminggu beraksi bersama DC United dalam Liga Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 6:32 PM