PETRA KVITOVA
AFP

SAINT PETERSBURG: Finalis Terbuka Australia, Petra Kvitova meneruskan rentak cemerlang apabila melakar kemenangan ke atas bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka untuk mara ke suku akhir di Saint Petersburg, awal pagi  tadi.

Juara dunia kali Wimbledon, Kvitova yang kini menghuni ranking nombor dua dunia selepas tewas di tangan Naomi Osaka dalam aksi final di Melbourne mencatat kemenangan 6-2, 7-6 (7/3) ke atas Azarenka.

Dia mendahului 5-1 di set kedua dan terlepas dua mata penamat sebelum menghentikan kebangkitan Azarenka dengan kemenangan di tie-break.

“Saya benar-benar mahu menamatkan perlawanan lebih awal tetapi malangnya saya perlu bangkit semula di set kedua dan saya bermain dengan baik di ti-break,” kata Kvitova.

Bagi Azarenka yang juga juara Terbuka Australia dua kali masih gagal mara ke final WTA sejak kali terakhir memenangi Terbuka Miami pada 2016.

Pada aksi suku akhir, Kvitova akan berdepan pilihan kelapan kejohanan, Donna Vekic dari Croatia selepas dia mara dengan menewaskan Veronika Kudermetova 6-4, 6-3.  

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 11:08 AM