AIDIL  Shahrin (kiri) memberi taklimat ketika sesi latihan Lang Merah, kelmarin.  FOTO SHARUL HAFIZ ZAM
AIDIL Shahrin (kiri) memberi taklimat ketika sesi latihan Lang Merah, kelmarin. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM
Izzali Ismail

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berdepan tugas sukar menentukan senarai lapan belas pemain yang akan menentang PKNP FC dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, esok.

"Sejak dua hari lalu saya bagaikan tak lena tidur bagi menentukan barisan 18 pemain untuk aksi sulung dan saya akui ini satu tugas sukar.

"Pemain muda bersungguh-sungguh mempamerkan prestasi terbaik mereka dan pada masa sama pemain senior juga menunjukkan aksi terbaik.

"Saya dan pemain begitu teruja dan bersemangat menggalas cabaran misi memburu tiga mata pertama,” kata bekas pengendali Home United berusia 41 tahun itu.

Aidil turut mengakui menentang PKNP FC bukanlah satu tugas mudah dan beliau menjangkakan tentangan hebat bakal diberikan pihak lawan.

"Ini bukan satu perlawanan mudah untuk Kedah yang hadir sebagai 'underdog' kerana PKNP FC memiliki pemain muda berjiwa kental tambahan pula mereka beraksi di tempat sendiri dalam perlawanan pertama."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 12:14 PM