MESSI menerima rawatan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Valencia.
Agensi

BARCELONA: Lionel Messi belum pasti dapat beraksi menentang Real Madrid di tempat sendiri dalam saingan peringkat pertama Copa del Rey akibat kecederaan kaki kanan ketika seri 2-2 menentang Valencia dalam aksi liga Sabtu lalu.

Barcelona tidak menyatakan dengan terperinci keadaan Messi walaupun laporan menyatakan kecederaan itu tidak serius sehingga dia tidak boleh beraksi di Nou Camp.

Kecederaan itu dialami apabila diasak keras pertahanan Valencia, Antonio Lato pada separuh masa kedua, Sabtu lalu.

Messi terlepas perlawanan ketika Barcelona membelasah Madrid 5-1 dalam aksi liga di Madrid pada Oktober lalu akibat patah lengan kanan.

Dia menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan dan kini muncul penjaring terbanyak dengan 21 jaringan dalam 22 perlawanan.

Jurulatih Barca Ernesto Valverde berkata: “Kami perlu menunggu apa yang diperkatakan petugas perubatan. Jika keadaannya mengizinkan dia akan beraksi pada Rabu ini (awal pagi Khamis) menentang Madrid.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 11:47 AM