Jurulatih Liverpool Juergen Klopp. FOTO Agensi
Agensi

LONDON: Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp memuji aksi bertenaga yang dipamerkan pemainnya sehingga membolehkan pasukan The Kop mencatat kemenangan di Anfield selepas dua keputusan seri pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool berjaya memperolehi tiga mata berharga selepas menewaskan Bournemouth 3-0 malam tadi.

Tuan rumah menghasilkan jaringan pembukaan menerusi Sadio Mane yang menerima umpanan James Milner pada minit ke-24, diikuti jaringan cantek Gini Wijnaldum pada minit ke 34 sebelum pemain terbaik tahun lalu, Mohamed Salah melengkapkan kemenangan selesa pada minit ke 48.

"Kami tahu kami tidak gembira dengan keputusan seri dengan Leicester dan West Ham dalam dua perlawanan lalu. Kami bertungkus lumus untuk mencatat kemenangan.

"Banyak perkara yang kami lakukan untuk mengatasinya. Kita mempunyai harapan yang tinggi dan hari ini (malam tadi) kita berjaya mencapainya dengan persembahan yang luar biasa di atas pandang.

"Itu reaksi yang kami mahu tunjukkan. Kami menelitinya dan mahu bermain dengan lebih meyakinkan dan beraksi lebih baik," kata Klopp.

“Mentaliti pemain-pemain ini adalah antara faktor yang membawa kejayaan pasukan ini. Rekod jaringan Mo (Salah) sangat baik tetapi persembahannya juga menakjubkan.

“Ini kualiti bola sepak yang ada padanya. Dia terbabit dalam semua pergerakan, kadang-kadang turun membantu pertahanan dan begitulah cara yang dia perlu lakukan," kata Klopp.


Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino. FOTO EPA.

Jurulatih Bournemouth Eddie Howe pula merasakan Liverpool turut disokong tuah bakal juara apabila diberitahu oleh kakitangan kejurulatihannya yang gol pembukaan hasil tandukan Sadio Mane pada minit ke-24 sepatutnya dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

“Ia saat yang penting. Kami bersedia untuk mengecewakan mereka dan berjaya menutup ruang sehingga gol pertama. Ia sepatutnya ofsaid, ia mengubah permainan.

“VAR (Penolong Pengadil Video) dapat membantu dalam situasi berkenaan dan saya rasa ia menguntungkan semua pihak. Gol begitu jelas ofsaid dan kita akan mendapat keputusan yang tepat.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 3:16 PM