BBC

PENJAGA gol legenda England yang menjulang Piala Dunia 1966, Gordon Banks meninggal dunia pada usia 81, hari ini.

Dianggap salah seorang penjaga gol terbaik dalam posisi itu, Banks muncul Penjaga Gol Terbaik FIFA sebanyak enam kali dan memiliki 73 kap antarabangsa bersama England.

Dia dikenali dengan ketangkasannya menyelamatkan percubaan Pele pada Piala Dunia 1970 ketika menentang Brazil.

Dilahirkan di Sheffield, dia menjulang Piala Liga bersama Stoke dan Leicester sebelum bersara pada 1973.

"Ia detik sangat sedih ketika mengumumkan Gordon meninggal dunia," menurut keluarganya.

"Kami terasa kehilangannya tetapi mempunyai banyak kenangan manis yang membuatkan kami berasa bangga."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 7:32 PM
Gordon Banks muncul juara dunia 1966 bersama England. FOTO Empics Sport
Gordon Banks muncul juara dunia 1966 bersama England. FOTO Empics Sport
Digital NSTP Subscribe