Pemain Ajax, Frenkie de Jong (kanan) melepasi pemain Real Madrid Luka Modric. FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN pertahanan Ajax, Frenkie de Jong menyifatkan pasukannya kurang bernasib baik ketika tewas, 1-2 pada aksi pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Johan Cruijff Arena, Amsterdam, pagi tadi.

“Kami beraksi baik sebagai satu pasukan, sayang sekali gol kami tidak dikira. Mungkin perkara seperti itu seperti sering berpihak kepada kelab besar,” kata Jong.

“Namun kami tetap beraksi dengan baik dan mempunyai beberapa beberapa peluang terbaik menjaringkan gol. Malang bagi kami kerana tidak mempunyai keputusan yang lebih baik.”

Ajax seolah-olah berada di depan selepas penjaga gol, Thibaut Courtois gagal mendakap kemas tandukan Donny van de Beek dan kekalutan dihadapan gawang gol membolehkan Nicolas Tagliafico menanduk masuk ke jaring gol.

Namun pengadil Damir Skomina memanggil untuk meneliti rakaman Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dan mendapati Dusan Tadic berada dalam kedudukan ofside ketika gol dijaringkan.

Benzema meletakkan Real di depan menerusi rembatan pada minit ke-60 namun Ajax menyamakan kedudukan menerusi Hakim Ziyech 15 minit kemudian sebelum pemain gantian, Marco Asensio memastikan kemenangan Real menerusi jaringan di hujung permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 11:45 AM