Ozil menulis di Twitter selepas berlatih bersama rakan sepasukan di Colney. FOTO REUTERS/Twitter Mesut Ozil
Mirror

MESUT Ozil mengirimkan mesej kepada penyokong Arsenal selepas kariernya bersama Gunners terus merudum apabila diumumkan tidak ke ke BATE Borisov untuk perlawanan Liga Europa.

Biarpun pemain tengah Jerman itu disahkan cergas beraksi oleh kelab London utara itu namun tidak tersenarai dan tidak akan terbang ke Belarus untuk perlawanan pagi esok (jam 1.55 pagi waktu Malaysia).

Situasi itu meneruskan lagi kemarau sudah lama tidak bermain dalam Liga Perdana serta perlawanan kejuaraan lain musim ini.

Ozil mengirim tulisannya ke Twitter selepas pengumuman pasukan itu ketika dia berlatih di pusat latihan Colney, London, semalam.

Dia menulis bersama foto berbunyi: "Pasukan pemenang sekarang. Latihan menyeronokkan." Dia turut menulis beberapa hashtag "semangat berpasukan" dan "kami adalah Arsenal."

Bagaimanapun, tweet itu tidak dapat diterima oleh penyokong malah mereka keliru mengapa Ozil tidak menjadi sebahagian skuad itu untuk perlawanan menentang BATE Borisov.

Memberi reaksi kepada tweet itu, seorang penyokong Gunners menulis: "Lelaki ini dibayar £350,000 (RM1.8 juta) seminggu hanya untuk berlatih, kerja paling menggembirakan di dunia."

Ada antara mereka berang terhadap bos Gunners, Unai Emery menulis: "Apa yang Unai Emery fikirkan? Saya mula tidak menyukainya."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 8:06 PM