ARJEN Robben.
Reuters

MUNICH: Pemain sayap Bayern Munich Arjen Robben menggelarkan Anfield sebagai stadium terburuk buatnya ketika dia bersiap sedia untuk kembali menentang Liverpool dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Robben, pemain kelahiran Belanda itu mempunyai beberapa kenangan buruk di laman Liverpool, selepas tersingkir daripada kejohanan Eropah dua kali bersama Chelsea pada 2005 dan 2007 dan Real Madrid pada 2009.

“Saya fikir, jika anda tanya mengenai stadium terburuk bagi saya, ia mungkin Liverpool,” kata pemain berusia 35 tahun itu kepada The Guardian.

“Anda sentiasa mempunyai lawan yang anda sukai dan pasti ada yang negatif.”

Robben yang bergelut untuk menangani kecederaan paha menjelang perlawanan itu, berkata dia mengingati Liverpool sebagai ‘pasukan pencabar piala’ namun ketika bersama Chelsea, mereka tidak dilihat sebagai pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris.

Senarionya berubah musim ini apabila skuad Juergen Klopp kini berkongsi mata dengan pendahulu liga dan juara bertahan Manchester City dengan kelebihan satu perlawanan.

“Dalam satu atau dua perlawanan, mereka mungkin kelihatan menjadi, tetapi bukan sepanjang musim yang mungkin dilihat agak keterlaluan,” kata Robben.

“Sekarang saya fikir semuanya sudah berubah dan mereka semakin baik. Pengurus menjalankan tugas dengan baik.

“Tahun lalu mereka di final Liga Juara-Juara dan pada satu ketika mereka di puncak Liga Perdana Inggeris. Sudah lama mereka tidak menjuarai liga dan itulah yang mereka impikan.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 9:56 PM