Esme Jo/Twitter

BUKAN timang bola biasa-biasa!

Begitulah reaksi penonton selepas menyaksikan lenggok seorang wanita Tanzania mempamer kemahiran menimang bola dengan cara tersendiri yang tular di media sosial.

Biasanya seni ‘slick’ itu ditayangkan oleh pemain bolasepak profesional namun wanita terbabit bersahaja melakukannya ketika aksi dirakam.

Wanita yang meminati pemain Liverpool, Sadio Mane itu melakukan pelbagai cara dengan menanduk, menggunakan bahu, dada dan mencangkung.

Lebih menarik, dengan mengenakan baju berwarna merah jambu, berkain dan berselipar, dia melakukan aksi berkenaan dengan selamba.

Video itu dikongsikan oleh ahli perniagaan dari Nigeria, Akin Swayerr yang mendapat lebih 300,000 tanda likes, 89,000 retweets dan 5.22 juta tontonan.

Malah, wartawan Inggeris dan bekas ketua juri program realiti, Piers Morgan memuji kemahiran wanita terbabit menimang bola.

Piers, hos bersama The Good Morning Britain menulis: “Cemerlang,” katanya merujuk kepada wanita tidak dikenali dalam video selama satu minit 24 saat itu, sehingga kini menarik 5 juta tontonan di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 8:07 PM
Aksi memukau wanita Tanzania menimang bola yang tular di media sosial. FOTO Twitter/Youtube
Aksi memukau wanita Tanzania menimang bola yang tular di media sosial. FOTO Twitter/Youtube