Pemain Watford Gerard Deulofeu (kiri) menjaringkan hatrik ketika membantu pasukannya menewaskan Cardiff, 5-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Cardiff. FOTO Reuters.
Reuters

PEMAIN Sepanyol, Gerard Deulofeu meledak jaringan hatrik ketika Watford menewaskan pasukan bawahan, Cardiff City 5-1 pagi ini, untuk melangkah ke tempat ketujuh Liga Perdana Inggeris.

Deulofeu meletakkan pasukan bimbingan Javi Gracia mendahului pada minit ke-18 selepas pemain pertahanan Cardiff, Bruno Manga begitupun pesta gol Watford bermula selepas tamat separuh masa pertama permainan.

Deulofeu mengubah kedudukan 2-0 apabila membuktikan ketajaman penyudahnya menerusi jaringan cantik pada minit ke-61 malah bekas pemain sayap Everton dan Barcelona melengkapkan hatrik selepas barisan pertahanan lemah dari pasukan Neil Warnock.

Deulofeu turut membantu mencipta gol apabila gandingan bersama Troy Deeney yang mudah menolak masuk menghasilkan gol ke empat Watford.

Cardiff yang menduduki tangga ke 17 liga mungkin jatuh dalam kelompok tiga terbawah selepas perlawanan minggu ini, menghasilkan gol menerusi pemain pertahanan Sol Bamba namun Watford menambah jaringan sekali lagi menerusi Deeney pada minit akhir permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 9:17 AM