TEMURAMAH dengan Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal. FOTO Supian Ahmad
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie sah meletak jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi satu kenyataan yang berkata, surat peletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Penolong Setiausaha PFA.

“Peletakan jawatan ini dibuat atas desakan penyokong bola sepak dan rakyat Perlis.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah membantu sepanjang empat bulan saya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perlis,” katanya.

Beliau juga memohon maaf kepada peminat dan penyokong bola sepak Perlis susulan kegagalannya memimpin PFA.

“Saya sudah melakukan yang terbaik demi menaikkan kembali nama Perlis. Setakat ini saja yang saya mampu.

“Saya minta maaf sekali lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 7:45 PM