POCHETTINO (dua dari kiri) bertekak dengan pengadil  selepas tamat perlawanan. -  FOTO Reuters
POCHETTINO (dua dari kiri) bertekak dengan pengadil selepas tamat perlawanan. - FOTO Reuters
Agensi

PENGURUS Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mengakui kesilapan apabila melepaskan kemarahan ke atas pengadil Mike Dean selepas tewas kepada Burnley 2-1 di Stadim Turf Moor, malam tadi.

Pochettino tampak tidak puas hati selepas Burnley mendapat sepakan sudut yang membawa kepada gol pembukaan tuan rumah.

Beliau bertegas mendakwa sentuhan terakhir bola daripada pemain tuan rumah Jeff Hendrick dan bukannya Jan Vertonghen dan melepaskan kemarahan daripada tepi padang dan kemudiannya berkonfrontasi dengan Dean sebaik tamat perlawanan.

Tetapi ketika sidang akhbar, Dean berkata: "Ketika anda sangat kecewa dan terkejut, mungkin anda melakukan kesilapan. Kami membuat kesilapan di atas padang dan saya melakukannya selepas itu.”

"Mungkin saya perlu terus ke bilik persalinan dan menenangkan diri sambil minum air.

"Kadang kala perasaan dan emosi bercampur. Ada perkara bodoh berlaku dan anda bertindak balas. Mungkin selepas ini saya akan meminta maaf.”

Pochettino menegaskan misi di Turf Moor adalah penting untuk meneruskan persaingan memburu takhta liga dan kekalahan satu kejutan dan sukar diterima.

"Saya fikir ia peluang fantastik untuk kami dan menunjukkan kepada lawan kami adalah benar-benar pencabar liga,” katanya.

"OK, kami menguasai perlawanan, mencipta lebih peluang berbanding Burnley tetapi tidak mencukupi. Pada tahap seperti ini, jika kamu mahu menjadi pencabar liga kamu perlu tunjukkan karakter itu tetapi ia tidak menjadi di sini dan kami perlu mencari jawapannya.

“Kami mungkin wira apabila menang di Stamford Bridge dan menewaskan Arsenal tetapi itu jugalah perasaannya ketika kami tewas kepada Watford. Di tangan kami untuk menentukan kemenangan atau kekalahan.”

Harry Kane kembali daripada kecederaan dan menjaringkan gol buat Spurs tetapi kekalahan semalam hadir selepas mereka menang empat aksi sebelum ini tanpa penyerang England itu.

"Itu menunjukkan yang kolektif sangat penting,” kata Pochettino. “Harry menjaringkan gol dan saya sangat gembira dengan kepulangannya. Dia akan membantu pasukan tetapi tiada lebing penting berbanding pasukan.”

Dalam perlawanan malam tadi Ashley Barnes muncul wira Burnley dengan menjaringkan gol kemenangan pada babak akhir perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Februari 2019 @ 10:14 AM