Pemain West Ham, Declan Rice menjaringkan gol menewaskan penjaga gawang Newcastle dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, pagi ini. FOTO Reuters.
Pemain West Ham, Declan Rice menjaringkan gol menewaskan penjaga gawang Newcastle dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, pagi ini. FOTO Reuters.
Reuters

DECLAN Rice memberi sambutan istimewa kepada kehadiran pemain yang diminati ramai, Billy Bonds, pagi ini, dan pemain mempamerkan aksi hebat sehingga membuatkan legenda West Ham mengagumi pemain itu ketika diberi penghormatan khas di Stadium London.

Bond meluangkan sedikit masa berbual dengan Rice di terowong stadium sebelum The Hammers mencatat kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United, seolah-olah menyedari bahawa penyokong memikirkan pemain muda itu mampu memberi impak sama di bahagian tengah seperti ketika dilakukannya suatu masa dahulu.

Begitupun, masih banyak yang perlu dilakukan oleh Rice untuk menyaingi pemain yang bermain 738 perlawanan di West Ham lebih dua dekad, aksi pemain berusia 20 tahun itu menarik perhatian peminat selepas menjaringkan gol pembukaan West Ham menerusi tandukan tujuh minit selepas perlawanan bermula.

“Gol ini cukup bermakna, ia amat bagus untuk berada dalam senarai penjaring, ketika saya terlepas peluang beraksi menentang Liverpool,” kata Rice, yang menambah dia tidak pernah bertemu dengan Bonds namun gembira menjadi sebahagian daripadanya yang meraikan hari bermakna bagi pemain itu.

 Declan Rice tonggak tengah West Ham.
Declan Rice tonggak tengah West Ham.

“Ia majlis yang cukup hebat dan untuk mendapatkan tiga mata buatnya adalah satu yang istimewa. Kami tahu Newcastle berada pada prestasi terbaik sejak kebelakangan ini dan kami harus melakukannya seperti perlawanan akhir.

“Kami berjaya mengatasinya dengan cepat, beraksi dengan baik namun mengetahui mereka mungkin kembali dengan lebih kuat pada separuh masa kedua.

“Ia kemenangan yang cukup bermakna, pada musim ini kami memberi saingan sengit kepada lawan dan beraksi di sini, terutama enam pasukan teratas. Kami harus bermain baik dan mendapat sokongan penyokong di belakang kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 11:59 AM