DE Gea galas tugas besar berdepan PSG Khamis ini. FOTO EPA
DE Gea galas tugas besar berdepan PSG Khamis ini. FOTO EPA
AFP

SATU-SATUNYA kekalahan Manchester United dalam 16 aksi kendalian Ole Gunnar Solskjaer iaitu ketika menentang Paris Saint-Germain mendedahkan kelemahan yang perlu diatasi kelab gergasi England itu jika mahu menjadi jagoan Eropah sekali lagi.

Namun Red Devils tetap akan berkunjung ke Paris awal pagi Khamis, ketinggalan 0-2 daripada aksi pertama 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara hasil sentuhan David de Gea.

Penyarung jersi nombor satu Sepanyol itu berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya Kylian Mbappe dan Juan Bernat tiga minggu lalu tatkala PSG sedia untuk kembali mengamuk dan menguji sejauh mana kemampuannya sebagai antara penjaga gol terbaik dalam kejohanan itu.

Ketika Paul Pogba digantung untuk perlawanan di negara asalnya, De Gea adalah salah seorang pemain United yang mampu menangani cabaran PSG yang menggilirkan tugas di antara legenda Itali Gianluigi Buffon,41 dan Alphonse Areola musim ini.

Apa yang merisaukan United, De Gea masih belum menandatangani kontrak lanjutan melepasi musim panas 2020.

Menurut laporan De Gea menuntut gaji setanding Alexis Sanchez sebagai penerima gaji tertinggi di kelab itu.

Pemain Chile itu menyertai United dengan kontrak bernilai sehingga £500,000 (RM2.68 juta) seminggu termasuk bonus Januari tetapi masih belum mencapai prestasi diharapkan, menjaringkan lima gol dalam 41 penampilan.

Sebaiknya De Gea menang anugerah pemain tahunan United untuk empat daripada lima musim terakhir dan berharap konsistensi permainannya wajar diberi ganjaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 11:39 AM