DM/EJ

JOSE Mourinho yang ‘dikhabarkan’ akan kembali ke Real Madrid sempat meluangkan masa bermain bolasepak bersama anaknya, Jose Jr.

Mereka berdua membentuk pasukan 5-sebelah ketika menjayakan program baru Mourinho dalam Russia Today dikenali sebagai ‘On The Touchline'.

Mourinho Jr berada dalam akademi Fulham selama tiga tahun antara 2014-17 sebagai penjaga gol.

Mourinho yang juga bekas bos Manchester United mengakui anaknya lebih bagus bermain bola berbanding dirinya.

“Dia bermain lebih baik daripada saya, sudah tentu,” kata Mourinho mengenai anaknya yang menyarung jersi Porto pada perlawanan itu.

“Sudah tentu dia boleh bermain lebih baik daripada saya.”

“Saya bermain dengannya sejak dia kanak-kanak. Sekarang saya merinduinya, setiap saat dapat bermain dengannya sesuatu yang dirahmati. Dia bermain dengan baik.”

Jose Jr kini berusia 19, baru berusia empat tahun ketika bapanya membawa Porto menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) pada 2004.

Mourinho Snr sebelum ini pernah beraksi bersama Rio Ave, Belenenses dan Sesimbra di Portugal tetapi memilih untuk fokus terhadap kejurulatihan berbanding menjadi pemain beraksi di padang.

Sejak meninggalkan United pada Disember lalu, Mourinho menjadi pengulas sukan untuk BeIN SPORTS.

Dia sekarang kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan pengurus sekarang, Santiago Solari masih berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas kelab gergasi Sepanyol itu tersingkir tewas kepada kelab Belanda, Ajax pada 16 terakhir UCL.

Ditanya jika kembali ke Real, Mourinho berkata:”Ke Real Madrid kelab pernah saya kendalikan sebelum ini?

“Saya rasa jika kelab yang tepat, struktur yang betul, cita-cita yang betul, saya tiada masalah sama sekali,” katanya.

“Saya rasa ia sebab maruah sekiranya kelab pernah saya bekerja sebelum ini mahukan saya semula.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 9:02 PM
Mourinho (kiri) bersama anaknya. FOTO Youtube/RT
Mourinho (kiri) bersama anaknya. FOTO Youtube/RT