VIRGIL van Dijk menunjukkan prestasi menakjubkan. FOTO Agensi
AFP

Kekuatan Liverpool di bahagian serangan memacu misi mereka untuk gelaran Inggeris pertama dalam tempoh 29 tahun tetapi dengan penamat yang semakin hampir, fokus kini terarah terhadap keampuhan bentang pertahanan yang dikemudikan Virgil van Dijk

apabila Burnley mengunjungi Anfield malam esok.

Ketibaan Van Dijk dengan yuran perpindahan £75 juta (RM399 juta) dari Southampton pada awalnya kurang diterima segelintir penyokong 15 bulan lalu, namun prestasi menakjubkan yang ditunjukkan bintang Belanda itu segera memadam keraguan.

Musim ini terutamanya, kehadiran bek tengah itu di Liga Perdana Inggeris cukup dirasai.

Aksi tahap tinggi ditunjukkannya menjadi penentu kempen Liverpool sejak beberapa minggu kebelakangan ketika barisan serangannya mula menunjukkan penurunan berbanding kebiasaannya.

Watford dibelasah 5-0 di Anfield akhir bulan lalu, namun kesemua gol itu dijaringkan Liverpool yang gagal merobek gawang lawan ketika berdepan Bayern Munich, Manchester United dan Everton.

Pertembungan Merseyside itu menyaksikan Van Dijk berada pada tahap menakjubkan sekali gus memberi bayangan terhadap kepentingannya kepada pasukan ketika penyerang seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino kini gagal menemui sentuhan.

Van Dijk, 27, kini menjadi watak penting buat Liverpool ketika bersiap sedia berdepan Burnley.

Pertahanan Liverpool turut tidak terlepas daripada belenggu kecederaan, kecuali Van Dijk musim ini dengan kehilangan Joe Gomez, yang kebetulan menentang Burnley apabila pasukan mereka menang 3-1 pada awal Disember.

Pemain muda England yang dikatakan menjadi sandaran kepada barisan pertahanan Juergen Klopp sebelum kakinya retak, biarpun kepulangannya untuk menjalani latihan semalam, membayangkan peluangnya cerah untuk diturunkan menentang Tottenham akhir bulan ini.

“Ia sesuatu yang positif. Kebanyakan pemain akan menjadi lebih cergas selepas cuti perlawanan antarabangsa, sebagai contohnya, Joe,” kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 10:50 AM