James Ward-Prowse dan Ryan Bertrand meraikan kejayaan mengatasi Tottenham. FOTO REUTERS
Reuters

DUA jaringan menerusi Yan Valery dan James Ward-Prowse membolehkan Southampton bangkit mengejutkan Tottenham Hotspur 2-1 di Stadium St Mary, malam tadi.

Mereka mempamer aksi menyakinkan selepas gagal menyaingi Spurs pada separuh masa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dua pemain terbabit menjaringkan gol ketika tewas 3-2 di Manchester United sekali lagi meledak pada m-76 dan m-81 pada perlawanan itu.

Ia perlawanan keempat Spurs gagal mencatat kemenangan dalam EPL dan paling buruk sejak 2017.

Harry Kane meletakkan Spurs di depan pada m-26 yang menjadi jaringan ke-200 kariernya dan ketujuh dalam lima perlawanan.

Keputusan itu juga meletakkan Spurs di tangga ketiga EPL, tiga mata di depan Manchester United yang kurang satu perlawanan dan akan berdepan Arsenal hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 1:30 AM