Juventus mahu menggandingkan Ronaldo bersama Mbappe (kanan). FOTO AFP/REUTERS
The Sun

JUVENTUS akan melakukan apa yang termampu untuk mendapatkan Kylian Mbappe daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada perpindahan musim panas.

Pemain bintang antarabangsa Perancis itu berhijrah ke PSG dengan nilai perpindahan for £165 juta (RM896j) pada 2017 muncul pemain kedua termahal dalam sejarah bolasepak.

Dia yang beraksi dalam 77 perlawanan bersama kelab Parc des Princes itu sudah menjaringkan 50 gol.

Dia turut menyumbang melakukan 30 lorongan bola dan meraih gelaran juara Liga Perancis pada penampilan sulung bersama kelab itu.

Bercakap kepada peminat pada jamuan makan malam ketika meraikan kejayaan kebangkitan dalam Liga Juara-Juara (UCL) mengatasi Atletico Madrid, pengarah sukan Fabio Paratic berkata "dia akan melakukan segala yang mungkin" untuk mendapatkan penyerang muda itu, menurut laporan Tuttosport.

Bagaimanapun berdasarkan prestasi Mbappe ketika tiba di ibu kota Perancis itu, kelab Itali itu menjangkakan perjanjian itu akan mencetus rekod dunia sekiranya dia dibawa ke Turin.

Malah, ia pasti memeningkan kepala pemilik kelab dari Qatar itu kerana kelab Perancis itu juga berkemungkinan kehilangan pemain Brazil, Neymar selepas Barcelona dan Real Madrid berminat mendapatkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 9:06 PM