Aksi Milos Raonic ketika berdepan Miomir Kecmanovic pasa peringkat suku akhir perseorangan lelaki di Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden, California. FOTO AFP.
AFP

PEMAIN Kanada, Milos Raonic memastikan tuah tidak sentiasa berpihak kepada pemain berusia 19 tahun dari Serbia, Miomir Kecmanovic, 6-3, 6-4 sekali gus mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan ATP Indian Wells Masters.

Pemain ranking 14 dunia dijangka berdepan pemain pilihan kelapan dari Australia, Dominic Thiem atau pemain Perancis yang juga pemain ke-19 dunia Gael Monfils untuk tempat ke final.

Kecmanovic, tidak melepasi saingan kelayakan namun dapat beraksi dalam undian utama selepas pemain pilihan kelima Kevin Anderson menarik diri. Ia pertama kali buat pemain muda itu bernasib baik melangkah ke peringkat suku akhir di Indian Wells selepas kejohanan itu disenarai dalam kalendar ATP Masters 1000 sejak 1990.

Walaupun Raonic pernah menewaskan pemain itu ketika perlawanan di Brisbane, tahun ini dan dia tahu Kecmanovic pastinya bersemangat untuk melakukan kejutan.

“Dia menang dalam tiga perlawanan terakhir menentang pemain bagus,” kata Raonic.

“Jadi saya tahu dia tidak mempunyai apa-apa untuk tewas, dan saya perlu lebih disiplin kepada diri sendiri malah saya gembira kerana dapat melepasi pusingan ini.”

Raonic tidak menunjukkan pukulan servis terbaiknya. Dia hanya memberikan 55 peratus daripada aksi itu. Namun apabila dia melakukannya, dia menang 90 peratus daripada markah dan pukulan servisnya sudah cukup baik apabila waktu diperlukannya.

“Saya rasa ia akan bertambah baik.” kata Raonic. “Tetapi ada perkara lain yang saya lakukan lebih baik, semestinya.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 11:45 AM