The Sun/Twitter

SALAH satu hatrik Messi dikatakan jaringan ‘luar biasa’ ketika Barcelona menewaskan Real Betis 4-1, awal pagi tadi, menurut peminat bolasepak antarabangsa.

Mereka menyatakan sentuhan pemain Argentina berusia 31 tahun itu meletakkannya sebagai ‘Pemain Bolasepak Terhebat Sepanjang Zaman’ (GOAT).

Selepas mengutip bola dari arah kiri padang, Messi masih dapat ‘melambungkan bola’ dengan sepakan kaki kiri menuju penjuru gol melepasi jangkauan penjaga gol.

Jaringan itu menarik perhatian ramai peminat bolasepak serata dunia apatah lagi dia menjaringkan dua gol menarik pada separuh masa pertama dengan salah satunya adalah sepakan percuma.

Jaringan itu turut melenyapkan keraguan peminat selama ini berdebat siapa lebih hebat antara ‘Messi vs Cristiano Ronaldo’ - dengan pemain Barcelona itu layak mendapat status itu.

Seorang peminat menulis: "Saya bersumpah saya tidak tahu bagaimana orang lain boleh menyamakan pemain bolasepak lain dengan pemain ini (Messi)."

Seorang lagi berkata: "Pemain terhebat sepanjang masa, tiada lagi perdebatan."

Peminat ketiga menulis: "Pemain terakhir, nama pertama yang terhebat."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 2:02 PM
Messi ledak hatrik tewaskan Real Betis. FOTO EPA