Razlan letak jawatan CEO MAM. FOTO NSTP
Razlan letak jawatan CEO MAM. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


DATUK Razlan Razali meletak jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) berkuatkuasa hari ini.

Beliau membuat keputusan itu untuk memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selain Prinsipal PETRONAS Yamaha SRT yang beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Surat peletakan jawatannya itu sudah diserahkan kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir yang menggantikan Tan Sri Azman Yahya.

Razlan berkata, pengundurannya adalah demi kebaikan MAM selain turut mengumumkan Muizz Azli sebagai penggantinya.

"Muizz adalah pengganti paling sesuai kerana dia sering berdepan kes undang-undang membabitkan sukan permotoran.

"Saya percaya Muizz mampu membawa MAM ke satu tahap lebih baik," katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 5:36 PM