DUTA BAM penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan di Auditorium Akademi Badminton Malaysia. — FOTO Owee Ah Chun
Saiful Affendy Sapran


LUPAKAN Datuk Lee Chong Wei buat seketika.

Mungkin itu jawapan paling tepat kepada mereka yang ingin tahu bilakah jaguh perseorangan negara itu akan kembali beraksi selepas menarik diri daripada Terbuka Malaysia bermula 2 April depan atas nasihat doktor berikutan rawatan kanser hidung.

Jelas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, jawapan sama juga akan diberikan sekiranya ada yang tertanya-tanya adakah Chong Wei disenaraikan untuk saingan Piala Sudirman, Mei depan yang menyaksikan Malaysia diundi bersama China dan India.

“Sudah tentu kita tidak mahu dia bermain dan kemudian dia berasa sakit semula.


NORZA (lima kanan) menyerahkan baju BAM kepada Elizabeth (empat kiri) selepas melantik penyanyi-pelakon itu sebagai Duta BAM disaksikan pemain badminton negara, hari ini. — FOTO Owee Ah Chun

“Saya rasa dia sudah cukup memberi sumbangan besar kepada negara. Sebab itu saya nasihatkan kepada semua berilah ruang kepadanya.

“Apabila dia sudah bersedia, pastinya dia akan kembali beraksi di gelanggang,” katanya.

Jelas Norza, mereka tidak mahu terus memberi tekanan kepada Chong Wei yang mungkin akan memberi kesan kepada tahap kesihatannya.

“Memberi tekanan kepadanya saya rasa ia akan menjejaskan proses rawatan dan moral dirinya.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 8:01 PM