Ronaldo kena denda RM92,000. FOTO REUTERS
Reuters

PENYERANG Juventus, Cristiano Ronaldo didenda 20,000 euro (RM92,000) oleh badan induk bolasepak Eropah, UEFA kerana mempamer kelakuan kurang sopan ketika meraikan jaringan mengatasi Atletico Madrid pada Liga Juara-Juara (UCL), minggu lalu.

Ronaldo bagaimanapun terlepas penggantungan perlawanan dan boleh beraksi pada perlawanan menentang Ajax Amsterdam pada suku akhir UCL, bulan depan.

Perlawanan pertama akan diadakan di Belanda pada 10 April.

Ronaldo meledak hatrik ketika kelab juara Itali itu bangkit daripada kekalahan 2-0 pada perlawanan pertama sebelum menang agregat 3-2 menentang Atletico.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone meraikan gol dengan cara sama ketika pasukannya menjaringkan gol pertama ketika menentang Juventus di ibu kota Sepanyol itu sebelum ini.

Jurulatih dari Argentina itu turut didenda dengan jumlah sama oleh Jawatankuasa Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 8:33 PM