Pemain tengah Bolivia, Adrian Jusino (tengah) dan penyerang Jepun, Daichi Kamada (tengah kanan) bersaing merebut bola dalam perlawanan persahabatan. FOTO AFP.
Pemain tengah Bolivia, Adrian Jusino (tengah) dan penyerang Jepun, Daichi Kamada (tengah kanan) bersaing merebut bola dalam perlawanan persahabatan. FOTO AFP.
Reuters

PEMAIN Jepun Shoya Nakajima yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjaringkan gol tunggal ketika pasukan itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas Bolivia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Kobe, hari ini.

Penyerang bertubuh kecil, yang menjadi pemain termahal Jepun ketika berpindah ke kelab Al-Duhail pada Januari, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76 selepas dimasukkan 15 minit sebelum itu.

Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu melakukan beberapa pertukaran selepas pasukan tewas dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang satu lagi lawan Amerika Selatan Jumaat lalu, apabila menentang Colombia, ia termasuk menyenaraikan semula Shinji Kagawa dalam kesebelasan utama pasukan.

Begitupun beberapa pemain baru dilihat berdepan kesukaran untuk memanfaatkan peluang sehingga Moriyasu membuat pertukaran di separuh masa kedua.

Tiga pemain penyerang simpanan - dan kebiasaannya Moriyasu gemar mempertaruhkan barisan serangan yang terdiri daripada kombinasi Ritsu Doan, Takumi Minamino dan Nakajima untuk mengucar kacirkan pertahanan Bolivia seterusnya menyuntik moral Samurai Biru untuk mencatat kemenangan.

Jepun memanfaatkan perlawanan persahabatan itu sebagai persediaan untuk menghadapi Copa Amerika yang dijadualkan berlangsung di Brazil pada Jun ini.

Jepun menjadi pasukan jemputan bersama Qatar. Naib jauara Piala Asia itu sudah beraksi 14 perlawanan sejak Piala Dunia Russia 2018 dan hanya mengalami dua kekalahan di bawah kendalian Moriyasu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 1:05 AM