Reuters

PENYERANG Paris St Germain (PSG) Neymar tidak akan beraksi lebih awal selepas pulih dari kecederaan kata jurulatih Thomas Tuchel ketika pasukan itu melakukan persediaan untuk berkunjung ke Toulouse bagi saingan Ligue 1.

Bintang Brazil itu direhatkan lebih dua bulan berikutan kecederaan ketika PSG meneruskan misi mengejar kejuaraan liga Perancis.

Selain tersingkir daripada persaingan Liga Juara-Juara di peringkat 16 terakhir.

“Neymar semakin sihat, tiada kecederaan,” kata Tuchel kepada media.

Mengikut jadual Neymar dijangka beraksi pada pertengahan April, begitupun ada kemungkinan dia dijangka dapat segera sembuh.

“Tetapi terlalu awal untuk memperkatakan mengenai dia akan kembali beraksi di padang. Kita harus bersabar,” tambah Tuchel.

PSG tidak dapat menggunakan khidmat beberapa pemain yang mengalami kecederaan seperti Angel Di Maria, Thomas Meunier dan Julian Draxler.

Begitupun ketiadaan beberapa pemain bukan alasan untuk PSG memburu kejuaraan yang kini mendahului 20 mata di puncak Ligue 1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2019 @ 12:49 AM