Penyerang Liverpool, Roberto Firmino menjaringkan gol pertama menentang Tottenham dalam aksi Liga Perdana, malam tadi. FOTO Reuters.
Reuters

GOL sendiri daripada pemain pertahanan Tottenham, Toby Alderweireld pada minit ke-90 memberi kemenangan dramatik 2-1 kepada Liverpool untuk kekal di puncak Liga Perdana Inggeris.

Penjaga gol Spurs, Hugo Lloris gagal menangkap kemas bola daripada tandukan Mohamed Salah sehingga terkena kaki pemain pertahanan tengah Belgium itu sebelum melantun masuk melepasi garisan gol.

Liverpool kini 79 mata berbanding Manchester City yang mencatat kemenangan ke atas Fulham semalam, dengan 77 mata namun mempunyai baki satu perlawanan.

Roberto Firmino membuka jaringan pada minit ke-16 selepas berjaya menanduk masuk di sudut tepi jaring gol selepas menerima hantaran silang pemain pertahanan kiri, Andy Robertson.


Penyerang Tottenham, Harry Kane cuba melakukan rembatan sambil dihalang pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk. FOTO Reuters.

Tottenham memperkemaskan jentera serangan selepas waktu rehat dan berjaya menyamakan kedudukan jaringan menerusi gerakan Harry Kane yang membuat hantaran kepada Kieran Trippier sebelum hantaran rendah disambut Christian Eriksen dan Lucas Moura menjaringkan gol penyamaan.

Spurs mungkin menjadikan ia bertambah buruk buat barisan pemain kendalian Juergen Klopp lima minit sebelum tamat namun rembatan Moussa Sissoko tersasar ketika situasi serang bertali arus yang berbahaya.

Sebelum kemenangan lewat di Anfield menerusi bantuan pasukan pelawat yang menggembirakan peminat setia Reds.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 1:56 AM