Dejan Lovren menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Southampton. FOTO Agensi.
Agensi

VIRGIL van Dijk dan Dejan Lovren mengambil pendekatan berbeza dalam sesi latihan semalam, apabila mengasah skil penjaga gol mereka.

Pemain pertahanan Liverpool itu dalam persiapan berdepan bekas majikan mereka, Southampton pada awal pagi Sabtu yang juga saat getir buat Reds.

Dengan Manchester City akan beraksi berdepan Cardiff awal pagi esok, Liverpool mungkin turun di tangga kedua sebelum mereka dijangka bangkit di Pantai Selatan.

Liverpool ketika ini mempunyai dua mata mendahului pesaing terdekatnya namun Manchester City mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan ketika kedua-dua pasukan bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana.


HABSAH menunjukkan gambar Arisa. FOTO Mohd Azam Shah Yaacob.

Van Dijk mengambil bahagian dalam latihan semalam, bimbang akan kecergasannya menjelang pertembungan dengan kelab lamanya Southampton.

Dia kelihatan mengalami kecederaan selepas terhantuk ketika kemenangan dramatik, 2-1 ke atas Tottenham di Anfield dan masih dinilai tahap kecergasannya.

Bos Reds, Klopp selepas perlawanan itu berkata: “Saya tidak tahu sama ada dia tertoleh atau terhentak, namun dia berjalan ke tempat temubual dengan bungkusan besar ais. Saya harap ia tidak serius namun saya tidak tahu lagi.”

Seorang lagi bekas bintang Southampton - Sadio Mane - memberi tahu kepada rakan sepasukannya mereka perlu menang dalam semua perlawanan jika hendak memenangi kejuaraan Liga Perdana buat pertama kali.

Mane berkata: “Saya fikir apapun boleh berlaku, jadi mari lakukannya dan memenanginya. Secara jujur saya fikir kami perlu menang semua perlawanan, sekalipun ia tidak mudah. Kami masih boleh memenangi setiap perlawanan kerana kami pasukan yang bagus dan kami bermain dengan baik.


Sadio Mane. FOTO Reuters.

“Kadang kala ia sukar selepas rehat antarabangsa kerana kami hanya mempunyai dua atau tiga sesi bersama.

“Sekarang kami kembali dan kami memulakannya dengan kemenangan, saya rasa ia sangat penting. Kami mempunyai tiga atau empat hari menjalani latihan bersama seterusnya beraksi baik untuk masa depan.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 8:59 PM