Solskjaer mahu ketepi enam pemain kesebelasan utama. FOTO REUTERS
The Sun

OLE Gunnar Solskjaer seperti hilang sabar!

Pengurus Manchester United itu dikatakan sudah sedia untuk melepaskan enam pemain kesebelasan utama skuad itu pada musim panas ini.

Malah, dia mahu menjual pemain bintang bergaji £505,000 (RM2.7j) seminggu, Alexis Sanchez yang gagal menyerlah sejak tiba di Old Trafford pada Januari tahun lalu.

Kelab itu cuba mencari pembeli sanggup membayar nilai £50j (RM269j) untuk rundingan perpindahan sehingga menjadi terutamanya menjual Sanchez yang menerima gaji terlalu tinggi di Old Trafford.

Solskjaer difahamkan tidak menyenaraikan penyerang bintang berusia 30 tahun itu dalam perancangannya untuk merombak semula skuad.

Dia akan melepaskan tiga pemain pertahanan, Antonio Valencia, Matteo Darmian dan Marcos Rojo.

Valencia dan Darmian sedia untuk dilepaskan sebagai ejen percuma pada penghujung musim sementara pemain Argentina, Rojo yang menandatangani kontrak lanjutan tahun lalu baru beraksi selama 13 minit di bawah kendalian pengurus dari Norway itu.

Solskjaer mahu mengekalkan Juan Mata dan Ander Herrera tetapi kontrak mereka akan berakhir pada musim panas ini.

Bagaimanapun, sehingga kini kelab itu masih belum ada persetujuan yang dicapai bersama mereka.

Jadi, enam pemain terbabit akan ditunjuk jalan keluar ketika Solskjaer mahu membentuk skuad baru untuk mencabar Manchester City dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 5:58 PM