Lin Dan bertemu Chen Long di final Terbuka Malaysia, esok. FOTO NSTP.
Ferzalfie Fauzi


LEGENDA perseorangan lelaki China, Lin Dan berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia selepas menundukkan rakan senegara, Shi Yuqi dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Lin Dan berhempas-pulas untuk mengalahkan pilihan kedua itu sebelum mencatat kemenangan 21-19, 16-21, 21-12 dalam aksi di Arena Axiata, Kuala Lumpur.

Jaguh China itu berada pada kedudukan terbaik mengulangi pencapaian 2017 apabila dia kali pertama muncul juara.

Sementara itu, lawannya di final ialah pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long yang berjaya mengalahkan wakil Indonesia, Jonatan Christie 12-21, 21-10, 21-15.

Kali terakhir kedua-dua pemain bertemu di perlawanan akhir Terbuka Malaysia ialah pada 2015, di mana Chen Long muncul juara selepas menang 20-22, 21-13, 21-11.

Kedua-dua pemain akan berentap di final esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 5:54 PM