GilmarJose Da Silva (kiri) cuba melepasi halangan pertahanan PKNS FC, Kanna Kalaiselvan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak. FOTO Muhaizan Yahya.
Shamsul Kamal Amarudin


PERAK terikat 2-2 menentang PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Gol pasukan Perak dijaringkan oleh Shahrel Fikri pada minit ke-39 dan Gilmar de Silva pada minit ke-52.

Sementara, PKNS disumbangkan oleh Gabriel Guerra pada minit ke-23 dan Romel Ramirez pada minit ke-56.

PKNS mengejutkan tuan rumah menerusi gol Gabriel Guerra yang melakukan aksi 'tanduk terbang' pada minit ke-23 selepas menerima hantaran lintang Kpah Sherman dari sebelah kanan.

Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi Shahrel Fikri hasil gerakan satu dua dengan Wander Luiz pada minit ke-39.

Stadium Perak kembali gamat apabila Gilmar de Silva menamatkan kemarau gol musim ini dengan menanduk masuk sepakan sudut yang diambil oleh Wander Luiz pada minit ke-52.

Kegembiraan penyokong tuan rumah tidak kekal lama apabila empat minit kemudian Romel Ramirez yang tidak dikawal mudah merembat masuk hantaran lintang Kpah Sherman dari sebelah kiri.

Peluang terbaik Perak menambah gol terhasil pada minit ke-84 menerusi rembatan Shahrel Fikri tetapi ditolak keluar Muhammad Zarif Irfan walaupun pemain pasukan tuan rumah mendakwa bola sudah melepasi garisan gol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 11:03 PM