Olivier Giroud. FOTO Reuters.
Agensi

BOS Chelsea, Maurizio Sarri berharap Olivier Giroud akan kekal bersama kelab itu musim depan dan percaya penyerang Perancis itu juga mahu terus kekal di Stamford Bridge.

Kontrak Giroud tamat pada Jun ini tetapi Chelsea mempunyai pilihan untuk menyambung perjanjian dalam tempoh tambahan 12 bulan lagi.

Pemain berusia 32 tahun, yang menyertai pasukan itu daripada Arsenal pada hujung Januari lalu berkata, bulan lalu dia mahu berpindah semula ke Perancis selepas kecewa gagal diberi peluang beraksi lebih kerap sejak Chelsea menandatangani penyerang Argentina, Gonzalo Higuain pada jendela perpindahan pemain lalu.

Apabila ditanya sama ada mahu menyambung khidmat warga Perancis itu Sarri berkata : “Ya, sudah tentu.

“Saya tahu kelab ini mempunyai pilihan untuk musim seterusnya, so fikir dia akan terus kekal. Adakah saya dapat perhatian bahawa dia akan kekal? Saya fikir begitu.

Giroud yang membantu Perancis memenangi Piala Dunia tahun lalu, hanya beraksi tujuh perlawanan dalam liga perdana musim ini.

Begitupun, dia beraksi dalam kesebelasan utama bersama Chelsea dalam aksi Liga Europa dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan sembilan gol ketika ini.

Chelsea, yang dibelenggu masalah digantung setahun dalam urusan pemindahan pemain pada Februari, menggemukkan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA dan kes akan di dengar pada 11 April.

Chelsea, dijangka melayan kunjungan West Ham United dalam aksi Liga Perdana awal pagi esok, berada di tangga kelima liga dengan 63 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 12:54 AM