(Dari kiri) Pelumba Interpro Cycling, Herman Aguirre; Benjamin Dyball (TSC); Keegan Swirbul (Floyd Pro) dan Vadim Pronskiy (Vino - Astana Motors) menaiki podium peringkat keempat di Genting Highlands. FOTO AFP.
Azlan Muhammad Zain


PELUMBA Team Sapura Cycling (TSC), Benjamin Dyball selangkah bergelar juara Jersi Kuning PETRONAS selepas memenangi peringkat keempat di Genting Highlands, sebentar tadi.

Dia mencatatkan tiga jam 22 minit 2 saat menamatkan perlumbaan dari Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 114.2km.

Secara keseluruhan dia mengumpul 17 jam 25 minit 42 saat untuk menyarung Jersi Kuning PETRONAS dan hanya perlu mengekalkan kelebihan masa dimilikinya sehingga tamat perlumbaan di Pulau Langkawi untuk bergelar juara.


Dyball memenangi peringkat keempat di Genting Highlands.

Tempat kedua pendakian di Genting Highlands dimenangi pelumba Interpro Cycling Academy dari Colombia, Hernan Aguirre Calpa dan ketiga Keegan Swirbul dari Floyd's Pro Cycling.

Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling mengekalkan Jersi Hijau PETRONAS selaku Raja Pecut dengan 43 mata.

Angus Lyons dari Oliver's Real Food pula mengekalkan jersi merah Raja Bukit dengan 47 mata.

Jersi putih selaku pelumba terbaik Asia menjadi milik pelumba Vino-Astana Motors, Vadim Pronskiy dengan masa 17 jam 26 minit 47 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 6:28 PM