LEWANDOWSKI (kiri) dan Coman (kanan)  tak puas hati sesama mereka ketika sesi latihan. - FOTO Agensi
LEWANDOWSKI (kiri) dan Coman (kanan) tak puas hati sesama mereka ketika sesi latihan. - FOTO Agensi
AFP

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski dan Kingsley Coman terbabit dalam pergaduhan ketika sesi latihan tertutup, menurut laporan akhbar hari ini.

Akhbar tabloid Jerman, Bild melaporkan kedua-dua pemain saling berbalas tumbukan di muka masing-masing selepas bertengkar sesama mereka ketika sesi latihan pagi.

Lewandowski, 30, dilaporkan memarahi Coman, 22 ketika sesi latihan dan tercetus perang mulut di antara kedua-dua pemain.

Mereka kemudiannya ditenangkan pemain pertahanan, Niklas Suele dan Jerome Boateng.

Bayern kini menduduki puncak Bundesliga seleps membelasah pencabar terdekat Borussia Dortmund 5-0 minggu lalu.

Bagaimanapun, skuad Niko Kovac belum boleh menarik nafas lepas selepas hanya satu mata memisahkan mereka dengan Dortmund dengan baki enam perlawanan.

Mereka akan berkunjung ke Fortuna Dusseldorf pada Ahad ini yang seri di Munich pada November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 11:43 PM