JARINGAN Salah gegarkan gawang Chelsea. FOTO/AFP
Reuters

JARINGAN menakjubkan daripada Mohamed Salah membantu Liverpool mengekalkan kelebihan dua mata ke atas Manchester City dalam persaingan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea di Anfield malam tadi.

City menang 3-1 ke atas Crystal Palace sebelum itu dan ini bermakna Liverpool memiliki 85 mata dengan baki empat perlawanan dan City 83 dengan tambahan satu perlawanan.

Namun dengan skuad Pep Guardiola perlu berdepan Tottenham dan Manchester United dalam tempoh 10 hari ini dan Liverpool tiada perlawanan menentang enam pasukan teratas, bermakna skuad Juergen Klopp mempunyai peluang lebih cerah untuk mengakhiri penantian 29 tahun menjulang gelaran domestik.


SALAH (kanan) pastiakan Liverpool kumpul tiga mata lagi. FOTO/AFP

Selepas perlawanan seimbang pada separuh masa pertama Liverpool mengubah rentak permainan pada separuh masa kedua menerusi tandukan Sadio Mane pada minit ke-51 dan rembatan jarak jauh daripada Salah dua minit kemudian menghukum Chelsea.

“Saya berbangga dengan pasukan, ia persembahan yang menakjubkan,” kata Klopp.

“Pasukan yang hebat, stadium yang hebat, suasana yang hebat. Saya bersyukur menjadi sebahagian daripadanya, ia hebat. Ia menakjubkan, dan amat membuat saya teruja,” kata pengendali Jerman itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2019 @ 9:00 AM