van Dijk menjalani latihan bersama Mohamed Salah. FOTO AFP/REUTERS
Liverpool FC News

VIRGIL van Dijk berhajat mencipta sejarah pada beberapa minggu terakhir musim ini.

Liverpool kini masih dalam saingan untuk meraih gelaran berganda Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL) 2018-19.

Baginya, keutamaan sekarang adalah menghadapi FC Porto pada aksi suku akhir kedua UCL di Stadium Dragao, awal pagi esok.

Kemenangan 2-0 di Anfield, minggu lalu bermakna Reds berada dalam laluan untuk ke separuh akhir menentang FC Barcelona sementara

pencarian gelaran EPL diteruskan berdepan Cardiff City di tempat lawan, hujung minggu ini.

Van Dijk atau digelar ‘The Dyke’ menyedari impian memenangi dua gelaran sekaligus bukan mudah tetapi ia tidak menyebabkannya patah semangat.

“Ia pasti sukar tetapi detik hebat apabila seseorang menjadi pemain Liverpool,” kata kapten Belanda itu.

“Kami ada baki lapan perlawanan lagi, jadi saya tidak mahu bercakap apa-apa dan mahu memberikan aksi terbaik yang kami mampu.

"Ia adalah perkara perlu kami lakukan sekarang, hanya fokus terhadap diri sendiri, memberikan apa kami ada dan kita lihat ke tahap mana ia

membawa skuad ini".

“Dan jika difikirkan, lapan perlawanan? Perlu ada rasa yakin. Kena melakukannya. Kami mahu ke final semula kerana itu penyebab kami berada dalam saingan ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 6:52 PM