Pemain PSG meraikan kejayaan bersama jurulatih Thomas Tuchel selepas mara ke final Piala Perancis baru-baru ini. FOTO Reuters.
Reuters

PARIS St Germain (PSG) memenangi gelaran juara Ligue 1 kali kelapan sebelum aksi sepak bola pada Ahad selepas pencabar di tangga kedua, Lille mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Toulouse.

PSG memiliki 81 mata selepas 32 perlawanan dan tidak mampu dikejar ketika mereka mendahului selesa mengatasi Lille, yang beraksi lebih satu perlawanan dengan perbezaan 16 mata dengan berbaki lima perlawanan.

Skuad kendalian Thomas Tuchel akan menerima kunjungan Monaco pada awal pagi esok.

Ia kejuaraan utama yang keenam berturut-turut dalam tujuh musim kebelakangan ini buat pasukan berpangkalan di bandar Paris itu.


Pemain Toulouse, Christopher Jullien (kiri) mengasak pemain Lille, Rafael Leao (kanan) dalam aksi Ligue 1 Stadium Toulouse. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. FOTO AFP.

PSG berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan domestik berganda apabila berdepan Stade Rennais dalam final Piala Perancis Sabtu depan.

Lille menguasai permainan di Toulouse termasuk jaringan yang tidak dikirakan Thiago Mendes selepas setengah jam aksi dan terus buntut menjaringkan gol.

Lille mendahului pasukan di tempat ketiga Olympique Lyonnais dengan enam mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 12:29 AM