LECLERC enggan mematuhi arahan Ferrari membuta tuli. - FOTO Reuters
LECLERC enggan mematuhi arahan Ferrari membuta tuli. - FOTO Reuters
AFP

CHARLES Leclerc berkata, dia sedia menerima arahan Ferrari yang menyebelahi Sebastian Vettel tetapi hanya dalam situasi tertentu.

Bercakap kepada wartawan menjelang Grand Prix Azerbaijan yang menjadi salah satu litar kegemarannya, pelumba berusia 21 tahun itu akur adanya arahan pasukan tetapi pada masa sama enggan mematuhinya secara keseluruhan.

"Sudah tentu selalu ada arahan pasukan dalam Formula Satu," katanya. "Tetapi ia bergantung sama ada saya menerimanya. Dalam situasi tertentu, tidak”

Leclerc berada di tempat ketiga di China dua minggu lalu apabila diminta memberi laluan kepada Vettel dalam usaha Ferrari mengejar pelumba Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas.

Bagaimanapun Vettel tetap gagal menghalang Mercedes memenangi perlumbaan dengan satu-dua iaitu kemenangan ketiga mereka dengan keputusan sama musim ini.

Vettel menduduki tempat ketiga dan Leclerc yang dinafikan kemenangan di Bahrain akibat masalah enjin hanya mampu menamatkan kedudukan di belakang pelumba Red Bull, Max Verstappen.

"Banyak lagi perkara yang mahu saya buktikan kepada pasukan,” kata Leclerc.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 11:45 AM