Penyerang Lyon, Moussa Dembele (kanan) menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Bordeaux, 3-2. FOTO AFP.
Penyerang Lyon, Moussa Dembele (kanan) menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Bordeaux, 3-2. FOTO AFP.
Reuters

PEMAIN gantian pada separuh masa kedua Olympique Lyon, Moussa Dembele menjaringkan gol lewat permainan untuk memastikan pasukannya menang 3-2 ke atas Bordeaux dalam saingan Ligue 1, awal pagi ini.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Lyon untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Dembele menyumbatkan gol kira-kira lima minit sebelum tamat permainan, selepas pemain Bordeaux Vukasin Jovanovic dilayangkan kad merah pada minit ke-73 untuk meletakkan Lyon dengan 62 mata daripada 34 perlawanan.

Sementara di tempat ke empat St Etienne yang ketinggalan enam mata di belakang Lyon sebelum berdepan Toulouse pada Ahad.

Tiga pasukan teratas layak beraksi dalam Liga Juara-Juara dengan pasukan di kedudukan ketiga akan beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan untuk menempatkan diri dalam peringkat kumpulan kejohanan kelab elit Eropah.

Bordeaux mendahului pada separuh masa pertama permainan menerusi jaringan Jimmy Briand dan Nicolas de Preville selepas Memphis Depay meledak jaringan pembukaan Lyon.

Namun Maxwel Cornet menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua sebelum Dembele memastikan kemenangan Lyon selepas tuan rumah beraksi dengan 10 pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 8:26 AM