Aksi Aaron Ramsey (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United baru-baru ini. FOTO AFP.
Aksi Aaron Ramsey (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United baru-baru ini. FOTO AFP.
AFP

UNAI Emery mengesahkan pemain tengah Wales, Aaron Ramsey yang mengalami kecederaan sudah sah membuat penampilan terakhir untuk Arsenal sebelum beraksi di Juventus.

Ramsey bersedia menerima tawaran lumayan juara Itali itu apabila kontraknya bersama Arsenal tamat hujung musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan hamstring ketika pasukan itu menewaskan Napoli pada perlawanan kedua aksi suku akhir Liga Europa dan tidak dapat beraksi sehingga tamat musim ini.

Skuad kendalian Emery menerima kunjungan Valencia dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa awal pagi Jumaat, mencatat keputusan tewas tiga perlawanan tanpa Ramsey selepas pemain itu mengalami kecederaan di Napoli.

Namun, andai Arsenal mara ke perlawanan final Liga Europa pada 29 Mei sekalipun terlalu awal untuk mempertaruhkan khidmat pemain tengah itu.

Jurulatih Arsenal, Unai Emery. FOTO AFP.
Jurulatih Arsenal, Unai Emery. FOTO AFP.

Ditanya mengenai peluang Ramsey untuk beraksi pada perlawanan terakhirnya bersama Arsenal, Emery berkata: “Buat masa ini kami hanya berada di separuh akhir, dan kedua keadaan kecergasannya mungkin menjadi persoalan pada tarikh itu.

“Dia tonggak penting skuad kami. Kami tidak dapat menggunakan khidmatnya dan kami sedar akan risiko pemain sepertinya. Kami mempunyai pemain yang boleh beraksi di posisi itu, namun dia berada dalam prestasi bagus ketika mengalami kecederaan ini.

“Pada saya ia adalah pengalaman yang bagus untuk bekerja dengan semua pemain dan dengan dia terutamanya, kerana dia boleh mengubah tenaga dan menunjukkan kesungguhan tinggi beraksi bersama pasukan.

“Saya gembira memiliki pemain sepertinya. Saya berkata kepadanya bulan lalu saya mahu melakukan sesuatu yang penting pada aksi terakhirnya bersama kami - mungkin dia boleh kembali bersama kelab pada masa depan.

Ramsey memenangi tiga kejuaraan Piala FA bersama Arsenal, dia dijangka kembali cergas untuk memulakan aksi pra musim bersama Juventus, namun ketiadaannya dijangka memberi tamparan hebat buat the Gunners.

Dalam usaha pasukan itu mengintai peluang beraksi di Liga Juara-Juara musim depan sama ada dengan memenangi Liga Europa atau menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 12:47 AM