SEPAKAN percuma Messi yang mengatasi benteng dan penjaga gol Liverpool, Alisson di Nou Camp, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
AFP

LIONEL Messi memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Barcelona tempat mereka di final Liga Juara-Juara belum pasti sekalipun meledak dua gol pemusnah ketika menang 3-0 ke atas Liverpool pada separuh akhir pertama, awal pagi tadi.

“Lebih bagus jika menang 4-0 berbanding 3-0 tapi ia satu keputusan yang amat bagus,” kata bintang Argentina itu.

“Ia belum muktamad, kami akan ke sana berdepan satu suasana yang agak rumit, dengan sejarah hebat.”

Gol kedua Messi adalah yang ke-600 buatnya dalam karier di Barcelona dan dia mencapai angka itu dengan penuh bergaya, melencongkan sepakan percuma mengagumkan ke penjuru gol dari jarak jauh.


MESSI (kiri) mudah menampan masuk gol kedua Barca. — FOTO AFP

“Amat menarik apabila bola itu masuk tapi saya bertuah kerana bola itu menuju ke penjuru gol.”

Messi enggan menerima pujian kerana kemenangan itu yang turut menyaksikan Luis Suarez menjaringkan gol menentang bekas kelabnya.

“Kami perlu lebih bersatu berbanding biasa, semua bersatu hati, pasukan, penyokong.

“Kami katakan pada awal musim kami akan cuba memenanginya bersama.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 7:58 AM