Aida Adilah Mat

APAKAH nasib atlet paralimpik, adakah mereka tidak layak mendapat bantuan dan dana untuk meneruskan kesinambungan mengejar impian.

Di nilai dari segi kemanusiaan, atlet paralimpik seharusnya mendapat layanan sama rata namun ketika ini mereka diibaratkan seperti 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang'.

Kehadiran seorang wanita yang dilihat bersama tabung dan banting meminta sumbangan mencetus pelbagai reaksi daripada natizen.

Wanita itu dilihat menanti sumbangan bersama sekeping banting tertera Tabung Kebajikan Atlet Paralimpik Negeri Perlis.#beri kami kesempatan bukan simpati #sumbanglah walau RM1 kalau lebih Alhamdulillah.

Seorang pengguna Twiter yang menggunakan nama Psydoughck memuat naik gambar itu mempersoalkan situasi itu dengan menulis "Kenapa sampai jadi macam ini? Mana mereka punya peruntukan," tulis Psydoughck mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sementara itu seorang seorang pengguna Twiter yang menggunakan nama Harith turut berkongsi nasib sama dialami warga orang kurang upaya (OKU) pekak di negara ini.

Harith di dalam ruang komennya turut berkongsi nasib sama dengan memaklumkan ketika ini mereka hanya mendapat dana sebanyak RM5k daripada kerajaan berbanding puluhan ribu diterima tahun sebelum ini.

Kesempitan itulah mendorong mereka meminta sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi mengumpul dana pembangunan sukan orang pekak Malaysia.

Komen Harith lagi, Persatuan Orang Pekak negara berada di bawah akta Malaysia tetapi tidak diberi hak sama seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia yang menerima bantuan dana sepenuhnya daripada kerajaan sebaliknya mereka terpaksa mencari dana sendiri.

Harith turut memaklumkan pasukan bola sepak pekak Malaysia sudahpun melayakkan diri beraksi di Kejohanan Piala Dunia Orang Pekak di Korea tahun depan menerusi acara bola sepak.

Sementara itu Setiausaha Kehormat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Siti Zaharah Abdul Khalid ketika dihubungi menerusi Whatapps tidak memberi sebarang maklum balas berhubung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 12:38 AM