Quartararo (kanan) meraikan bersama Morbidelli pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Sepanyol, hari ini. FOTO AFP.
Reuters

PELUMBA Perancis, Fabio Quartararo menjadi pelumba termuda menyambar petak hadapan perlumbaan kelas MotoGP pada usia 20 tahun dan 14 hari di Grand Prix (GP) Sepanyol, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha itu turut mencipta rekod baharu sirkit dengan catatan satu minit 36.880 saat pada sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan di petak hadapan.

Rakan sepasukan Quartararo dari Itali, Franco Morbidelli ketinggalan, 0.082, turut mengekori rapat Juara Dunia dari pasukan Honda, Marc Marquez melengkapkan petak hadapan dan pendahulu kejuaraan dari Itali Andrea Dovizioso di tempat ke empat buat Ducati.


Aksi pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Sepanyol. FOTO AFP.

Rakan sepasukan dan senegara Marquez iaitu Jorge Lorenzo terbabit dalam kemalangan pada hari lahirnya ke 32 dan dijangka memulakan perlumbaan di tempat ke-11.

Warga Itali Valentino Rossi, kedua dalam kejuaraan, gagal untuk melepasi peringkat pertama sesi kelayakan dan berada di kedudukan ke-13 untuk memulakan perlumbaan pada Ahad.

Marquez yang sebelum ini diiktiraf pelumba termuda menyambar petak hadapan di Texas pada 2013, pada usia 20 tahun dan 63 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 11:17 PM