Agensi

VINCENT Kompany tidak dapat menahan air mata selepas rembatan kencang kaki kanannya meletakkan Manchester City semakin hampir meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kapten ‘Fantastic Kompany’ melakukan rembatan ‘howitzer’ mencapai kelajuan 105 kilometer sejam dari jarak 25 ela (23 meter) selepas perlawanan menentang Leicester berlangsung sengit selama 70 minit di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Kemenangan 1-0 itu sudah memadai meletakkan City di tangga teratas liga dan satu mata di depan Liverpool dengan berbaki satu perlawanan sebelum saingan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir.

Kompany, 33, berkata: “Memang ada rasa kecewa seperti yang diperkatakan oleh setiap orang, ‘jangan rembat’.

Saya dapat mendengarnya dan ia menyinggung saya.

“Hari ini (awal pagi tadi) ia berlaku dan ia gol yang besar. Kami belum menang apa-apa lagi tetapi ia kemenangan penting menentang pasukan yang besar.”

Pengurus Pep Guardiola berkata: “Saya kata, tidak, jangan rembat Vinny, jangan rembat. Saya hanya menyuruhnya melorongkan bola dan membuat hantaran”.

“Dia bijak dan tidak mengikut kata saya!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 6:38 PM
Kompany meledak gol penting City tewaskan Leicester. FOTO EPA/Agensi
Kompany meledak gol penting City tewaskan Leicester. FOTO EPA/Agensi