MOURINHO (kiri) sering bertelagah dengan Klopp sebelum ini. — FOTO Agensi
MOURINHO (kiri) sering bertelagah dengan Klopp sebelum ini. — FOTO Agensi
Agensi

JOSE Mourinho menghambur pujian terhadap musuh lamanya, Juergen Klopp selepas Liverpool merakam kebangkitan menakjubkan mara ke final Liga Juara-Juara selepas mengatasi Barcelona 4-0 di Anfield, awal pagi tadi.

Mourinho yang mengulas dari studio beIN Sports, mengakui kemenangan 4-0 di Anfield itu adalah kemuncak pencapaian Klopp selaku pengurus.

“Saya perlu katakan, kebangkitan ada satu lagi nama, Juergen. Saya rasa ini bukan setakat taktik atau falsafah saja tapi ia mencakupi jiwa raga yang beliau cipta bersama anak buahnya.

“Mereka berdepan risiko menamatkan musim tanpa sebarang trofi untuk diraikan dan kini hanya satu langkah lagi untuk bergelar juara Eropah. Saya rasa Juergen berhak menjulangnya.

KLOPP mendapat sanjungan Mourinho kali ini. — FOTO Reuters
KLOPP mendapat sanjungan Mourinho kali ini. — FOTO Reuters

“Tugas beliau di Liverpool amat menakjubkan. Saya rasa ia berkaitan dengan dirinya. Ini mencerminkan personalitinya, tidak putus asa, semangat berjuang, semua pemainnya memberikan komitmen sepenuhnya.”

Mourinho juga memuji sikap tenang Klopp biarpun kehilangan khidmat dua tonggak utama Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

“Beliau tidak merungut kerana kehilangan pemain atau mengadu kepenatan bermain 50-60 perlawanan semusim.

“Jurulatih di liga lain mengadu pemain mereka beraksi terlalu banyak perlawanan. Semua yang dicapai hari ini adalah berkaitan dengan mentaliti Juergen.

“Saya ulang, Juergen adalah individu yang bertanggungjawab atas kejayaan ini hasil personalitinya yang hebat. Mereka ada pemain dan anak buahnya yakin terhadapnya.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 12:22 PM
Kabinet Malaysia 2020