Vettel mahu Ferrari segera tewaskan Mercedes. FOTO REUTERS
Agensi

SEBASTIAN Vettel menegaskan pasukannya Ferrari perlu menewaskan Mercedes segera selepas juara dunia itu membuat permulaan dominan Formula Satu (F1) pada awal musim saingan.

Mercedes mencatat kemenangan 1-2 selepas empat perlumbaan dan Vettel kini mengumpul 52 mata dan ketinggalan 35 mata di belakang pendahulu dalam kedudukan kejuaraan pemandu, Valtteri Bottas (87) juga berada satu mata di depan juara dunia, Lewis Hamilton (86).

Vettel berkata: "Kami perlu mula mendapatkan mata. lebih cepat lebih baik kerana lebih lama lebih teruk."

Pemandu Ferrari dari Jerman itu berkata, peluang untuk bergelar juara dunia kategori pemandu terbuka kepada sesiapa.

Vettel berkata: "Secara keseluruhan kami sedikit ketinggalan di belakang tetapi ia tidak akan lama.

“Keadaan akan menyebelahi kami selepas ini kerana semua orang sedia memberikan cabaran terbaik."

Bottas, pemandu Finland berkata: "Jika anda lihat kepada keputusan perlumbaan, kami kelihatan seperti pasukan lebih dominan tetapi dari segi pecutan tidak banyak berbeza dengan Ferrari.

“Semuanya bergantung pada GP Sepanyol di litar Catalunya pada hujung minggu ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 5:49 PM