Naomi Osaka. FOTO AFP
AFP

NOVAK Djokovic mengukuhkan kedudukan di ranking teratas ATP selepas kejayaan memenangi Terbuka Madrid semalam.

Pemain nombor satu dunia dari Serbia menjarakkan kedudukan mengatasi bintang Sepanyol, Rafael Nadal yang dimalukan pemain muda Stefanos Tsitsipas dari Greece dalam saingan separuh akhir kejohanan di Madrid.

Tsitsipas tewas pada aksi final kepada Djokovic namun melonjak dua anak tangga dari carta ranking di kedudukan ketujuh berdasarkan prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini.

Dominic Thiem dari Austria, pemenang Terbuka Barcelona, melonjak ke tempat ke empat selepas tersingkir di separuh akhir Madrid. Dia satu tangga di belakang Roger Federer, yang juga mangsa suku akhirnya di Madrid.

Aksi Novak Djokovic ketika menyertai Terbuka Madrid Open. FOTO EPA

Sementara, Naomi Osaka yang semakin dicabar kedudukan sebagai pemain nombor satu ketika pemain Romania Simona Halep terlepas peluang merampas kedudukan teratas susulan kekalahan di final Terbuka Madrid.

Naomi, 21, dalam kelompok lapan terakhir di ibu kota Sepanyol, tetapi bintang tenis Jepun itu akan kekal berada di puncak ranking sekurang-kurangnya untuk satu minggu lagi apabila Halep tewas kepada Kiki Bertens, 6-4,6-4.

Pemain wanita dari Belanda itu menjadi pemain wanita pertama menang di Madrid tanpa tewas dan melonjak ke ranking keempat berikutan kemenangan besar dalam kariernya.

Angelique Kerber melonjak satu anak tangga di kedudukan ketiga sementara juara Madrid tahun lalu Petra Kvitova tercicir tiga mata untuk berada di kedudukan ke lima.

Pemain Switzerland, Belinda Bencic meneruskan kebangkitan dengan melonjak ke tempat ke-15 daripada 18 selepas menewaskan Naomi ketika aksi separuh akhir.

Ranking WTA (wanita) Top 10 :

1. Naomi Osaka (JPN) 6356 mata

2. Simona Halep (ROM) 6117

3. Angelique Kerber (JER) 5285

4. Kiki Bertens (NED) 5115

5. Petra Kvitova (CZE) 5050

6. Elina Svitolina (UKR) 4866

7. Karolina Pliskova (CZE) 4786

8. Sloane Stephens (USA) 4656

9. Ashleigh Barty (AUS) 4425

10. Aryna Sabalenka (BLR) 3500

Ranking ATP (lelaki) Top 10 :

1. Novak Djokovic (SRB) 12115 mata

2. Rafael Nadal (ESP) 7945 mata

3. Roger Federer (SUI) 5770

4. Dominic Thiem (AUT) 4845

5. Alexander Zverev (JER) 4745

6. Kei Nishikori (JPN) 3860

7. Stefanos Tsitsipas (GRE) 3790

8. Kevin Anderson (RSA) 3755

9. Juan Martin Del Potro (ARG) 3145

10. Marin Cilic (CRO) 3025

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 10:55 PM