NORZA (kanan) turut mengintai peluang merebut jawatan presiden BAC.
NORZA (kanan) turut mengintai peluang merebut jawatan presiden BAC.
Azlan Muhammad Zain


SIAPA yang mampu mengisi pucuk kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sah meninggalkan kerusi nombor satu itu selepas Olimpik Tokyo nanti?

“Saya memang merancang untuk meninggalkan BAM kerana sudah menjadi Presiden MOM, mungkin dalam tempoh satu atau dua tahun lagi dengan pucuk pimpinan boleh diberikan kepada orang lain,” katanya.

Menurut Norza, Malaysia kini mempunyai sejumlah pemain muda dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara sudah siap sepenuhnya.

Beliau tanpa dicabar, dilantik mengetuai BAM pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-72 bagi penggal 2017/2021 bagi menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

NORZA pada Majlis Berbuka Puasa MOM bersama media.
NORZA pada Majlis Berbuka Puasa MOM bersama media.

Pada masa yang sama, beliau kini mengintai peluang merebut jawatan Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC) bagi penggal 2019/2023 pada pemilihan pada Sabtu depan di Nanning, China.

“Ia bukan mudah, namun beberapa kuasa besar meminta saya bertanding kerana ibu pejabatnya berada di sini.

“Malah, saya merasakan kita boleh menawarkan fasiliti dan kemudahan di ABM kepada negara kecil dalam badminton bagi membantu meningkatkan tahap mereka. Kemudahan ABM adalah antara yang terbaik di dunia,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 6:01 AM