Skuad Pep Guardiola (kiri) berdepan dakwaan melanggar peraturan dibacakan oleh Leterme. FOTO AFP
Agensi

MANCHESTER City kini berperang dengan ketua penyiasat UEFA yang suka kepada kambing, Yves Leterme.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meluahkan rasa tidak puashati mereka selepas dikatakan melanggar peraturan Kewangan Fair Play UEFA.

City kini dirujuk kepada panel lima anggota pakar perundangan untuk menentukan sama ada mereka patut diharamkan daripada beraksi pada Liga Juara-Juara (UCL).

Bagaimanapun, Leterme, bekas Perdana Menteri Belgium menjadi tumpuan dalam kes itu pula suka binatang dan memelihara dua ekor kambing yang diberi nama Trudy dan Vikki.

Tidak sampai beberapa minit selepas didakwa melanggar peraturan, gergasi Etihad itu mengatakan Leterme bersama pasukannya bersikap berat sebelah dan kasar terhadap mereka.

Kelab itu mendakwa dia yang membocorkan perkara itu terhadap media yang melaporkan City berada dalam perhatian UEFA dan menegaskan dia menafikan dakwaan bukti tidak boleh disangkal terhadap City semuanya tidak betul.

Dalam kenyataan menamakan Leterme yang dianggap memalukan, City berkata mereka kecewa tetapi tidak terkejut dengan pengumuman mengejut kes itu yang dirujuk kepada proses undang-undang menerusi badan kawalan kewangan UEFA.

Pasukan Leterme terdiri daripada bekas ketua eksekutif Liverpool dan ketua eksekutif Prem, Rick Parry yang mendapati City melakukan kesalahan dengan melanggar FFP dan membuat cadangan agar City dikenakan pengharaman selama semusim.

Keputusan isu itu akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 5:49 PM